Friday, April 20, 2007
HIDU GAM DI TEMPAT TERBUKA !
REMAJA SELAMBA HIDU GAM DI TEMPAT TERBUKA!ANAK SIAPA TU?
Melayu segala juara !!. Mungkin ada yang akan tersinggung dengan kata - kata ini namun inilah hakikatnya kini. Pahit untuk diterima tetapi masalah demi masalah terus menghantui remaja Melayu. PPIM merasakan sudah tiba masanya kita melihat di mana silapnya kejatuhan nilai – nilai murni anak bangsa kita.
Di mana peranan ibu bapa dan masyarakat dalam membendung gejala serius seperti ini dan relakah kita terus melihat anak remaja warisan bangsa kita hidup tanpa arah tuju yang jelas. PPIM berharap agar para ibu bapa guru – guru dan masyarakat bangun dan bersama membanteras keruntuhan anak bangsa kita.
‘Takkan Melayu Hilang Di Dunia’ tetapi jika sekadar menjadi penghuni setia lorong - lorong gelap dan kaki lima jalanan sebagai penghidu gam dan penghisap dadah tiada bezanya antara hidup dan mati. Ayuh bangsa Melayu jangan biarkan warisan kita terus punah ditelan zaman.
REMAJA SELAMBA HIDU GAM DI TEMPAT TERBUKA
ANAK SIAP TU?
OLEH NURULANUAR MANSOR
KUALA LUMPUR-Tanpa menghiraukan orang ramai yang lalu lalang, sekumpulan remaja dipercayai berumur di antara 10 hingga 18 tahun, berhampiran Pangsapuri Cemara, Bandar Tasik Permaisuri, di sini asyik menghidu gam.
.
Gelagat remaja yang membimbangkan itu dirakamkan oleh jurugambar KOSMO! Shahril Azman Zain di tepi jalan raya di kawasan itu semalam.
.
Berbekalkan setin gam kayu yang dikongsi secara beramai-ramai, mereka khayal dalam dunia tersendiri.
.
Lebih membimbangkan, akibat kesan khayalan tersebut, mereka tidak lagi mempedulikan keselamatan diri sehingga ada yang terbaring di tengah jalan raya kerana sudah high.
.
Setelah penat berbaring, mereka yang dipercayai dari kawasan berhampiran mula menunjukkan kehebatan menunggang basikal.
.
Apabila didekati dan cuba ditegur, kumpulan remaja berlagak samseng itu memarahi dan memberi amaran agar KOSMO! Tidak mencampuri urusan mereka.
.
Persoalannya, adakah ibu bapa mereka tahu mengenai kegiatan-kegiatan anak-anak masing-masing yang merosakkan diri sendiri itu?
.
Apa yang dirakamkan ini seharus menyedarkan kita betapa pentingnya pemantauan dilakukan terhadap kegiatan luar rumah anak-anak.
.
Jika sekarang mereka khayal dengan gam, tidak mustahil satu hari nanti, anak-anak pewaris bangsa ini akan terjebak dengan najis dadah.
Bro Rick Says....
Cuba tingkatkan mutu kehidupan anda semua, agar berada dilandasan yg sebenar...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment