Saturday, May 5, 2007

Parti Lesbian...



Golongan wanita yang mengamalkan cinta sejenis atau lebih dikenali sebagai lesbian mempunyai cara tersendiri menghiburkan diri dengan pasangan masing-masing walaupun mengetahui perbuatan itu dilaknat Tuhan.

Golongan songsang membabitkan gadis remaja, wanita dewasa termasuk bertaraf orang kenamaan (VIP) dikesan menjadikan bilik hotel di Jalan Imbi di sini, sebagai ‘sarang’ untuk menganjurkan parti liar sambil meneguk arak.

Wartawan Harian Metro yang menyusup ke parti itu mendapati antara aksi ghairah yang dilakukan ketika berpesta ialah meletakkan gelas berisi arak yang didinginkan di lurah payu dara untuk dikepit.

Pasangan lesbian lain pula bertaruh menari secara ‘ghairah’ sebelum pemenangnya berpeluang meneguk arak melalui gelas yang diletakkan di celah payu dara wanita itu.

Selain itu, mereka yang mempamerkan tarian paling seksi dihadiahkan sekuntum bunga ros.

Difahamkan, parti pasangan lesbian dari sekitar ibu kota itu dianjurkan untuk berkumpul dan berpesta sesama mereka.

Komuniti lesbian terbabit dipercayai bergerak melalui laman sembang di Internet serta mempunyai laman web sendiri untuk berbincang perihal aktiviti harian atau malam minggu.

Seorang lesbian yang hanya mahu dikenali sebagai Ika, lingkungan 20-an, berkata parti setiap malam minggu bermula jam 11.30 malam hingga 3 pagi itu hanya dikenakan RM30 sekali masuk di kelab terkemuka dan bilik hotel.

“Parti ini untuk kaum sejenis berhibur, menari, minum arak serta melayan nafsu pasangan masing-masing secara terbuka.

“Dalam parti itu, kami bebas buat apa saja,” katanya ketika ditemui Harian Metro selepas menghadiri parti terbabit.

Ika berkata, lokasi parti berkenaan sentiasa ‘disembunyikan’ daripada pihak luar.

“Parti itu hanya untuk perempuan, lelaki diharamkan masuk. Biasanya setiap minggu sekurang-kurangnya 100 lesbian hadir untuk berhibur.

“Golongan pengkid (tomboy) bersama pasangan mereka turut hadir untuk berhibur dengan kami,” katanya.

Ketika ditanya mengenai perbezaan bercinta dengan pengkid dan pasangan lesbian, Ika berkata, dia tidak pernah bercinta dengan pengkid, sebaliknya hanya dengan wanita yang mengamalkan lesbian.

“Lesbian suka perempuan sejenis dengannya iaitu berpakaian serta berwatak perempuan, manakala pengkid perempuan yang menyerupai lelaki serta berpakaian dan berwatak lelaki.

“Kami yang bernafsu dengan kaum sejenis digelar lesbian dan tak berminat pada lelaki. Tapi ada juga antara kami turut sukakan lelaki serta ada teman lelaki. Mereka digelar bi-sex.

“Bi-sex adalah perempuan atau lelaki yang minat pada kedua-dua jantina, tidak kira lelaki atau perempuan cuma menagih cinta sejati daripada kedua-dua jantina,” katanya.

Ika berkata, lesbian tidak hanya mempunyai tempat untuk berparti, malah ada ‘port’ untuk bersembang dan lepak pada masa terluang.

“Pada hari biasa atau selepas berparti, kami akan ke ‘port’ iaitu kedai mamak atau restoran di sekitar Pandan Indah untuk makan dan minum selain ‘markas’ tersendiri untuk bermain snuker,” katanya.

Ika berkata, dia tidak pasti hala tuju dalam hubungan lesbiannya dan tidak pernah memikirkan sama ada kehidupan sedemikian akan diteruskan.

“Saya tidak tahu kenapa saya bernafsu dengan kaum sejenis dan tak pasti sama ada akan terus begini sehingga akhir hayat.

“Agama memang melarang, tapi saya tak sukakan lelaki. Jadi, mungkin buat masa ini saya akan terus begini dan hanya masa menentukan sama ada saya akan berubah atau tidak,” katanya.

Ika mendedahkan, ada juga lesbian yang meningkat usia, berkahwin dan mempunyai anak sukar berubah serta dalam diam masih terjebak dalam dunia cinta sejenis.

“Kami memang dah begini serta mempunyai naluri sukakan kaum sejenis sampai bila-bila.

“Yang sudah berkahwin, malah mempunyai anak pun dalam diam masih bersama kami, berparti serta mempunyai pasangan lesbian dan itu menjelaskan naluri kami sukar untuk diubah,” katanya.

Bro Rick Says....
Bermacam-macam ragam manusia zaman sekarang...dah tak de keje lain kot...

1 comment:

B | a | Y | B | i | e ♀ said...

“Pada hari biasa atau selepas berparti, kami akan ke ‘port’ iaitu kedai mamak atau restoran di sekitar Pandan Indah untuk makan dan minum selain ‘markas’ tersendiri untuk bermain snuker,” katanya."

ahakx.. ni ak tau.. kt Steven ^^"
asal g men snooker je mmg rmai penk tayang awek kt ctu ^^