Kelmarin dan Semalam Rick bercuti...
Kelmarin selepas selesai aku membuat tugasan BKS, mata ni layu bak
ditiup angin yg berpasir,mengantuk sangat, mungkin x cukup tido
malam tadi, sebab aku terpaksa berjaga hingga kepagi....
mencari idea untuk BKS, betul kata sahabat ku Chii, yg menyuruh
aku memanjat Bukit Beruang, walaupun bukit tu
tak la jauh dari rumah aku, tapi aku tak pernah nak panjat,
dan pagi tadi baru aku panjat...
Fuh boleh tahan juga, nak naik patah kaki ni dibuatnya.
Balik kerumah, aku teringat cerita Nordin Ahmad, Selain filem
Lakonan P.Ramlee, aku minat juga pada lakonan Nordin Ahmad.
Cerita mengisahkan Nordin Ahmad pandai berpantun...
Tajuk filem tersebut " Gurindam Jiwa ", aku menyimpan Vcd nya
sebagai koleksi sejak 5 tahun dahulu, best sebenarnya
sesekali layan kepala tgk cerita lama begini.
Antara bait-bait pantun nya ialah....
Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan,
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.
Anak cina pasang luka,
Luka dipasang ditanjung jati,
Didalam hati tidak ku lupa,
Sebagai ganti rambut tersimpul mati.
Burung merpati terbang seribu,
Hinggap seekor ditengah laman,
Hendak mati dihujung kuku,
Hendak berkubur ditapak tangan.
Kalau tuan mudik kehulu,
Kirimkan saya bunga kemboja,
Kalau tuan mati dahulu,
Tunggu lah saya di pintu syorga.
Daun selasih dimakan budak,
Daun sehelai dimakan kuda,
Didalam hati tidak ku lupa,
Seribu tahun kembali juga.
Best sangat dengar suara Nordin Ahmad menyanyi dan berpantun...rasa tenang jiwa ni...
Tuesday, May 1, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment