Thursday, May 10, 2007

SUARA YANG DIDENGAR MAYAT

SUARA YANG DIDENGAR MAYAT

Yang Akan Ikut Mayat Adalah Tiga hal yaitu:

1. Keluarga
2. Hartanya
3. Amalnya

Ada Dua Yang Kembali Dan Satu akan Tinggal Bersamanya yaitu;

1. Keluarga dan Hartanya Akan Kembali
2. Sementara Amalnya Akan Tinggal Bersamanya.

Maka ketika Roh Meninggalkan Jasad...Terdengarlah Suara Dari Langit Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan..
Apakah Kau Yang Telah Meninggalkan Dunia, Atau Dunia Yang Meninggalkanmu
Apakah Kau Yang Telah Menumpuk Harta Kekayaan, Atau Kekayaan Yang Telah Menumpukmu
Apakah Kau Yang Telah Menumpuk Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menumpukmu
Apakah Kau Yang Telah Mengubur Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menguburmu."
Ketika Mayat Tergeletak Akan Dimandikan....Terdengar Dari Langit Suara Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan...
Mana Badanmu Yang Dahulunya Kuat, Mengapa Kini Te rkulai Lemah
Mana Lisanmu Yang Dahulunya Fasih, Mengapa Kini Bungkam Tak Bersuara
Mana Telingamu Yang Dahulunya Mendengar, Mengapa Kini Tuli Dari Seribu Bahasa
Mana Sahabat-Sahabatmu Yang Dahulunya Setia, Mengapa Kini Raib Tak Bersuara"

Ketika Mayat Siap Dikafan...Suara Dari Langit Terdengar Memekik,"Wahai Fulan Anak Si Fulan
Berbahagialah Apabila Kau Bersahabat Dengan Ridha
Celakalah Apabila Kau Bersahabat Dengan Murka Allah
Wahai Fulan Anak Si Fulan...
Kini Kau Tengah Berada Dalam Sebuah Perjalanan Nun Jauh Tanpa Bekal
Kau Telah Keluar Dari Rumahmu Dan Tidak Akan Kembali Selamanya
Kini Kau Tengah Safar Pada Sebuah Tujuan Yang Penuh Pertanyaan."
Ketika MayatDiusung.... Terdengar Dari Langit Suara Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan..
Berbahagialah Apabila Amalmu Adalah Kebajikan
Berbahagialah Apabila Matimu Diawali Tobat
Berbahagialah Apabila Hidupmu Penuh Dengan Taat."

Ketika Mayat Siap Dishalatkan....Terdengar Dari Langit Suara Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan..
Setiap Pekerjaan Yang Kau Lakukan Kelak Kau Lihat Hasilnya Di Akhirat
Apabila Baik Maka Kau Akan Melihatnya Baik
Apabila Buruk, Kau Akan Melihatnya Buruk."
Ketika MayatDibaringkan Di Liang Lahat....terdengar Suara Memekik Dari Langit,"Wahai Fulan Anak Si Fulan...
Apa Yang Telah Kau Siapkan Dari Rumahmu Yang Luas Di Dunia Untuk Kehidupan Yang Penuh Gelap Gulita Di Sini
Wahai Fulan Anak Si Fulan...
Dahulu Kau Tertawa, Kini Dalam Perutku Kau Menangis
Dahulu Kau Bergembira,Kini Dalam Perutku Kau Berduka
Dahulu Kau Bertutur Kata, Kini Dalam Perutku Kau Bungkam Seribu Bahasa."
Ketika SemuaManusia Meninggalkannya Sendirian....Allah Berkata Kepadanya, "Wahai Hamba-Ku.....

Kini Kau Tinggal Seorang Diri
Tiada Teman Dan Tiada Kerabat
Di Sebuah Tempat Kecil, Sempit Dan Gelap..
Mereka Pergi Meninggalkanmu.. Seorang Diri
Padahal, Karena Mereka Kau Pernah LanggarPerintahku
Hari Ini,....
Akan Kutunjukan Kepadamu
Kasih Sayang-Ku
Yang Akan Takjub Seisi Alam
Aku Akan Menyayangimu
Lebih Dari Kasih Sayang Seorang Ibu Pada Anaknya".
Kepada Jiwa-Jiwa Yang Tenang Allah Berfirman, "Wahai Jiwa Yang Tenang
Kembalilah Kepada Tuhanmu
Dengan Hati Yang Puas Lagi Diridhai-Nya
Maka Masuklah Ke Dalam Jamaah Hamba-Hamba-Ku
Dan Masuklah Ke Dalam Jannah-Ku"
Anda Ingin Beramal Shaleh...?
Tolong Kirimkan Kepada Rekan-Rekan Muslim Lainnya Yang Anda Kenal...!!!Semoga Kematian akan menjadi pelajaran yang berharga bagi kita dalam menjalani hidup ini.
Rasulullah SAW. menganjurkan kita untuk senantiasa mengingat mati (maut) dan dalam sebuah hadithnya yang lain, belau bersabda "wakafa bi almauti wa'idha", artinya, cukuplah mati itu akan menjadi pelajaranbagimu!
Semoga bermanfaat bagi kita semua, Amiin....
Bahan Renungan Untuk Anda, Sahabatku, yang mungkin terlalu sibuk bekerja... Luangkanlah waktu sejenak untuk membaca dan merenungkan pesan ini...
Alhamdulillah, Anda beruntung telah terpilih untuk mendapatkan kesempatan membaca email ini.

Aktifitas keseharian kita selalu mencuri konsentrasi kita. kita seolah lupa dengan sesuatu yang kita tak pernah tau kapan kedatangannya. Sesuatu yang bagi sebagian orang sangat menakutkan.Tahukah kita kapan kematian akan menjemput kita???
Sebarkan e-mail dakwah ini ke 5 orang terdekat Anda, dan mintalah mereka untuk melakukan hal yang sama. Cukup lima saja! Ini bukan surat ancaman berantai. Yang jelas jika Anda tidak meneruskan e-mail ini, maka Anda telah menyia2 kan kesempatan untuk saling menasihati dalam kebenaran dan beramal shalih. Jika Anda lakukan dengan ikhlas insya Allah Anda akan menuai kebaikan.Mari berlomba dalam kebaikan.

Tuesday, May 8, 2007

Tazkirah - Punca anak jadi derhaka.......

APA PUNCA ANAK DERHAKA

Sabda Rasulullah s.a.w. " Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga 7 tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas
belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya... .. bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang
sensitif... . itu salah...

"Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan.
Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan . Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak
derhaka". Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka . "Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan.

Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka dirumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok."Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk.
Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup." Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka". inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita...

DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL
Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan tempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.

BERTAUBAT SEBELUM MELARAT
Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita
derhaka dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu
atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf
berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa.

Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun. Cuba
kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu?
"Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita."

HUBUNGAN DENGAN BAPA
Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak dipedulikan anak-anak. "Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu
tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan ibu dahulu. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa." Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depan mereka. Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua."

USAH DERHAKA KEPADA MENTUA
Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga? "Saya tahu, ada menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung," jelasnya.

Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar.

"Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan
ayahnya. "Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu.

Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail. Suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di rumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan pesan.

Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa NabiIbrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain.

Ada sebanyak 501 tips yang diberikan oleh penulis iaitu Robert D. Ramsey untuk mempertingkatkan potensi anak-anak anda dan seterusnya menempatkan anak-anak anda dikalangan winners. Tips ini menurut penulis jika diamalkan mampu menjadikan anak-anak. Kita sebagai winners. Penulis berpendapat apa yang membezakan antara winners dan losers a dalah mudah iaitu:-

Winners percayakan diri mereka dan boleh membayangkan diri mereka dikalangan orang yang berjaya sementara losers merasakan diri Mereka tidak boleh.

Tips;

1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik.
Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari
(Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang
(Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan
(Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan , mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga
(Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang.Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya .

10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri . Mereka akan menirunya.

11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya.
Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka . Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalammasa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda.Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda.


Apa yang baik, datang nya dari tauladan yg baik...

Saturday, May 5, 2007

Parti Lesbian...



Golongan wanita yang mengamalkan cinta sejenis atau lebih dikenali sebagai lesbian mempunyai cara tersendiri menghiburkan diri dengan pasangan masing-masing walaupun mengetahui perbuatan itu dilaknat Tuhan.

Golongan songsang membabitkan gadis remaja, wanita dewasa termasuk bertaraf orang kenamaan (VIP) dikesan menjadikan bilik hotel di Jalan Imbi di sini, sebagai ‘sarang’ untuk menganjurkan parti liar sambil meneguk arak.

Wartawan Harian Metro yang menyusup ke parti itu mendapati antara aksi ghairah yang dilakukan ketika berpesta ialah meletakkan gelas berisi arak yang didinginkan di lurah payu dara untuk dikepit.

Pasangan lesbian lain pula bertaruh menari secara ‘ghairah’ sebelum pemenangnya berpeluang meneguk arak melalui gelas yang diletakkan di celah payu dara wanita itu.

Selain itu, mereka yang mempamerkan tarian paling seksi dihadiahkan sekuntum bunga ros.

Difahamkan, parti pasangan lesbian dari sekitar ibu kota itu dianjurkan untuk berkumpul dan berpesta sesama mereka.

Komuniti lesbian terbabit dipercayai bergerak melalui laman sembang di Internet serta mempunyai laman web sendiri untuk berbincang perihal aktiviti harian atau malam minggu.

Seorang lesbian yang hanya mahu dikenali sebagai Ika, lingkungan 20-an, berkata parti setiap malam minggu bermula jam 11.30 malam hingga 3 pagi itu hanya dikenakan RM30 sekali masuk di kelab terkemuka dan bilik hotel.

“Parti ini untuk kaum sejenis berhibur, menari, minum arak serta melayan nafsu pasangan masing-masing secara terbuka.

“Dalam parti itu, kami bebas buat apa saja,” katanya ketika ditemui Harian Metro selepas menghadiri parti terbabit.

Ika berkata, lokasi parti berkenaan sentiasa ‘disembunyikan’ daripada pihak luar.

“Parti itu hanya untuk perempuan, lelaki diharamkan masuk. Biasanya setiap minggu sekurang-kurangnya 100 lesbian hadir untuk berhibur.

“Golongan pengkid (tomboy) bersama pasangan mereka turut hadir untuk berhibur dengan kami,” katanya.

Ketika ditanya mengenai perbezaan bercinta dengan pengkid dan pasangan lesbian, Ika berkata, dia tidak pernah bercinta dengan pengkid, sebaliknya hanya dengan wanita yang mengamalkan lesbian.

“Lesbian suka perempuan sejenis dengannya iaitu berpakaian serta berwatak perempuan, manakala pengkid perempuan yang menyerupai lelaki serta berpakaian dan berwatak lelaki.

“Kami yang bernafsu dengan kaum sejenis digelar lesbian dan tak berminat pada lelaki. Tapi ada juga antara kami turut sukakan lelaki serta ada teman lelaki. Mereka digelar bi-sex.

“Bi-sex adalah perempuan atau lelaki yang minat pada kedua-dua jantina, tidak kira lelaki atau perempuan cuma menagih cinta sejati daripada kedua-dua jantina,” katanya.

Ika berkata, lesbian tidak hanya mempunyai tempat untuk berparti, malah ada ‘port’ untuk bersembang dan lepak pada masa terluang.

“Pada hari biasa atau selepas berparti, kami akan ke ‘port’ iaitu kedai mamak atau restoran di sekitar Pandan Indah untuk makan dan minum selain ‘markas’ tersendiri untuk bermain snuker,” katanya.

Ika berkata, dia tidak pasti hala tuju dalam hubungan lesbiannya dan tidak pernah memikirkan sama ada kehidupan sedemikian akan diteruskan.

“Saya tidak tahu kenapa saya bernafsu dengan kaum sejenis dan tak pasti sama ada akan terus begini sehingga akhir hayat.

“Agama memang melarang, tapi saya tak sukakan lelaki. Jadi, mungkin buat masa ini saya akan terus begini dan hanya masa menentukan sama ada saya akan berubah atau tidak,” katanya.

Ika mendedahkan, ada juga lesbian yang meningkat usia, berkahwin dan mempunyai anak sukar berubah serta dalam diam masih terjebak dalam dunia cinta sejenis.

“Kami memang dah begini serta mempunyai naluri sukakan kaum sejenis sampai bila-bila.

“Yang sudah berkahwin, malah mempunyai anak pun dalam diam masih bersama kami, berparti serta mempunyai pasangan lesbian dan itu menjelaskan naluri kami sukar untuk diubah,” katanya.

Bro Rick Says....
Bermacam-macam ragam manusia zaman sekarang...dah tak de keje lain kot...

Ini Lah Padahnya Bila Mencuri....










Bro Rick Says.....
Bila mencuri adalah satu kesalahan, manusia tetap ingin melakukan nya, adakah kerana masih degil dan tidak memahami apakah kesalahan yang dilakukan...padah nya kematian yang menamatkan segala kesalahan manusia...

Kesihatan: Keputihan bermasalah perlu rawatan segera



Jangkitan kulat pada faraj tak jejas kesuburan

KEPUTIHAN dihadapi kebanyakan wanita adalah sesuatu yang normal. Umumnya, setiap wanita ada keputihan kerana ia sebenarnya proses perubahan hormon dan pembersihan yang mana sel sudah mati pada lubang faraj dikeluarkan.

Pensyarah Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Dr Nur Azurah Abdul Ghani (gambar), berkata selain wanita yang sudah berkahwin dan hamil, remaja perempuan juga ada mengalami masalah keputihan, malah ada kalanya budak kecil turut tidak terkecuali.

Bagaimanapun, beliau berkata, kebiasaannya remaja jarang dapat keputihan kecuali mereka mengambil ubat tertentu seperti mengambil ubat untuk penyakit diabetes, mempunyai sistem badan rendah atau seorang yang aktif secara seksual.

Berbanding wanita hamil memang berisiko mengalami masalah keputihan kerana perubahan hormon yang berlaku ketika kehamilan menyebabkan wanita berkenaan sesuai untuk mengalami jangkitan kulat. Secara anggaran, hampir 80 peratus atau 8 dalam 10 wanita hamil mungkin ada masalah keputihan.

Begitu juga wanita yang sudah berkahwin, dianggarkan 75 peratus akan mengalami masalah keputihan. Masalah itu berlaku sebab wanita itu sudah ada pendedahan seksual dan ini menyebabkan dirinya senang dijangkiti.

“Ada ibu yang risau tengok anak perempuan daripada usia bayi lagi sudah ada keputihan. Hal itu tidak perlu bimbang kerana keputihan adalah kitaran perubahan hormon dalam badan yang menyebabkan cecair itu keluar.

“Remaja dan wanita lain juga tidak perlu bimbang jika ada keputihan kerana selagi tidak mendatangkan gatal dan tiada kemerah-merahan pada bahagian sulit, ia dikatakan keputihan yang biasa atau disebabkan kitaran hormon,” katanya ketika ditemui Berita Harian di HUKM, Cheras, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dr Nor Azurah berkata, keputihan dianggap bermasalah atau yang lain daripada biasa, seandainya ia keluar terlalu banyak, berbau busuk dan hanyir serta menyebabkan bahagian sulit berasa gatal atau radang. Keputihan itu juga tidak berwarna putih lagi, tetapi berketul-ketul seperti keju dan menjadi kekuningan serta hijau.

Keadaan seumpama itu selalunya disebabkan penyakit lain atau dikaitkan dengan jangkitan kuman seperti tricomonas, bakteria dan flagellat.

Jika keputihan keluar banyak sehingga menyebabkan berasa gatal dan sakit pada bahagian sulit, beliau menasihatkan wanita berkenaan perlu berjumpa doktor untuk membuat pemeriksaan rapi. Ini berikutan, kegatalan yang amat sangat menyebabkan seseorang itu menggaru sehingga kulit vagina akan melecet dan terasa pedih atau seperti terbakar.

“Faraj mengandungi kuman semula jadi bacillus asidofilus yang menghasilkan asid lactate berfungsi melindungi faraj dari kemasukan kulat dan kuman. Kadangkala pembiakan kuman asidofilus meningkat dan menyebabkan pengeluaran cecair berwarna putih kekuningan dan berbau masam.

“Bau masam pun boleh berlaku akibat tindak balas kuman kepada peluh yang sering berlaku pada bahagian kemaluan. Kadangkala keasidan faraj kurang dengan tahap yang memudahkan sejenis kulat yis menghinggapinya dan membiak serta menjadi masalah,” katanya.

Bagaimanapun, Dr Nor Azurah berkata kebanyakan wanita malu untuk membuat pemeriksaan doktor dan menganggap masalah seumpama itu perkara biasa. Hanya kurang 15 peratus yang datang untuk membuat pemeriksaan doktor.

“Rata-rata yang datang pula apabila sudah ada radang dan tidak tahan lagi menahan sakit. Selain itu, ada yang lebih suka merawatnya dengan kaedah tradisional dan cuba mengubah amalan pemakanan. Jika tidak berjaya, baru mereka datang berjumpa doktor untuk rawatan. Tetapi bagi kebanyakan wanita hamil masalah keputihan dirawat dan dikesan doktor apabila wanita berkenaan membuat rutin pemeriksaan,” katanya.

Dr Nor Azurah berkata, masalah keputihan disebabkan jangkitan kulat tidak membawa kesan pada kesuburan. Tetapi dari segi hubungan seksual antara suami isteri memang ada kesan. Apabila masalah keputihan teruk dan berbau sudah tentu tiada keinginan untuk melakukan seks.

Katanya, radang pada kawasan sulit menyebabkan pasangan berasa sakit dan tidak selesa apabila hendak bersama. Malah, walaupun tidak dikategorikan dalam penyakit kelamin berjangkit, jika isteri ada masalah keputihan, suami boleh mendapat jangkitan kuman itu dan kesan yang dialaminya juga sama termasuk, sakit ketika hendak buang air.

“Pakai seluar dalam pun berasa sakit apatah lagi hendak bersama. Keadaan itu sama seperti bayi yang berasa sakit dan sering menangis apabila melecet dan ada masalah ruam atau radang lampin,” katanya.

Mengenai kaedah rawatan herba yang digunakan untuk mengatasi masalah keputihan, Dr Nor Azurah berkata, ada penggunaan rawatan itu yang menyebabkan kes pendarahan berlaku. Rawatan itu bukan saja menyebabkan keputihan hilang, tetapi membuatkan rahim mengecut.

Pengecutan rahim kadang-kadang menyebabkan keluar darah beku dan darah yang banyak. Tetapi pendarahan yang berlebihan dan tidak mudarat, tidak mengapa selagi wanita itu sendiri boleh toleransi dengan keadaan berkenaan.

“Banyak yang kata, herba berkesan tetapi tiada data untuk menyokong. Jadi, biarkan individu buat keputusan sendiri. Seperti rawatan moden yang juga ada kesan sampingan, begitu jugalah rawatan herba. Cuma bezanya, rawatan moden ada kajian dan data yang menyokongnya.

“Tidak adil menyatakan rawatan herba itu berkesan atau sebaliknya. Tetapi satu perkara kita perlu faham, kaedah perubatan tradisional itu sudah lama diamalkan orang dulu dan didapati berkesan serta diperturunkan dari generasi ke generasi hingga kini. Jadi, jangan membelakangkan kaedah tradisional kerana sudah ada kesahihan walaupun tiada sokongan data,” katanya.

FAKTA: Keputihan yang dihadapi kebanyakan wanita

Secara umumnya, wanita mudah mengalami keputihan pada sekitar sebelum waktu haid mereka.

Rawatan masalah keputihan boleh dirawat tetapi boleh berulang jika tidak mengambil dos ubat yang ditetapkan.

Ada dua jenis rawatan iaitu pil makan dan ubat sapu atau ubat suppofositori berbentuk peluru yang dimasukkan ke dalam ruang faraj.

Wanita yang berkahwin, hamil dan sudah ada hubungan seksual lazimnya, akan diberikan suppofositori yang diambil untuk pagi dan malam. Wanita yang belum berkahwin atau belum pernah ada aktiviti seksual rawatan lebih sesuai ialah pil makan.

Rawatan selalunya seminggu tetapi yang menjadi masalah ada pesakit yang ambil tiga kali seminggu kemudian berhenti apabila sudah nampak kesannya.

Krim sapu bertujuan untuk mengurangkan masalah radang, gatal dan melecet pada bahagian sulit dan celah kangkang.

Individu yang mengalami masalah keputihan disarankan mengamalkan amalan pemakanan dengan membanyakkan makan sayur hijau dan dadih yang ada kandungan lactobasillus,

Wanita yang ada masalah radang digalakkan kerap menukar seluar dalam dan pakai yang diperbuat daripada kain kapas serta longgar.

Ada kes yang mengambil pil perancang mengalami masalah keputihan yang teruk, tetapi tidak semua yang mengambil pil perancang ada masalah keputihan.

Cara pemeriksaan ialah doktor meneliti faraj wanita itu dengan menggunakan alat pembuka faraj dan mengambil cecair untuk melakukan kajian mikrob supaya dapat mengenali jangkitan sebenar serta ubat yang lebih spesifik diberi.

Contoh jenis jangkitan

Kulat Candidiasis (keputihan seperti kepingan susu basi) yang perlu dirawat.

Kuman Tricomonas (lelehan keputihan atau tidak berwarna cair, banyak, berbuih)

Bacterial vaginosis (lelehan berbuih, berbau hanyir)

Kuman Chlamydia (jarang menyebabkan lelehan)

Kuman Gardneralla (lelehan cair berbau busuk)

Kesihatan mulut wajar diberi perhatian

MEMILIKI gigi yang sihat dan senyuman menawan tentunya menjadi impian setiap daripada kita, namun untuk memilikinya, banyak perkara yang perlu diambil kira. Bermula dari aspek pemakanan hinggalah kepada penjagaan gigi dengan cara yang betul, mesti dilakukan dengan disiplin untuk mengelakkan gigi daripada rosak.

Akibat kurang peka terhadap keadaan gigi sendiri, pelbagai masalah terpaksa dihadapi antaranya berlaku pendarahan gusi atau gusi bengkak (gingivitis), radang pulpa gigi (pulpitis) dan yang paling kerap dihadapi, kaviti yang juga dikenali sebagai pereputan gigi.

Presiden Persatuan Pergigian Malaysia, Dr Wong Foot Meow, berkata hasil kaji selidik yang dijalankan di seluruh Asia pada 2006 menunjukkan dalam kategori berus gigi, ubat gigi dan ubat kumur, Malaysia mendapat peratusan lebih rendah berbanding negara lain di Asia seperti Thailand dan Filipina.

Kira-kira 33 peratus isi rumah di Malaysia tidak membeli berus gigi baru sekurang-kurangnya setahun sekali dan paling mengejutkan pelbagai pihak, purata penggunaan ubat gigi setahun hanyalah 265 gram seorang, bersamaan memberus gigi hanya sekali setiap dua hari bagi rakyat negara ini.

“Walaupun kesihatan mulut sering diabaikan, amalan penjagaan yang baik amat perlu kerana ia adalah sebahagian daripada kesihatan keseluruhan. Amalan menjaga mulut dengan baik adalah langkah penting untuk mencegah kaviti.

“Satu cara untuk menjaga gigi kita dan mencegah kaviti ialah dengan memberus gigi dengan menggunakan ubat gigi yang mengandungi kalsium dan fluorida,” katanya ketika ditemui pada perasmian Bulan Kesihatan Mulut 2007 di pusat beli-belah 1 Utama, Damansara, baru-baru ini.

Kempen berkenaan dirasmikan oleh Pengarah Kesihatan Pergigian, Kementerian Kesihatan Malaysia, Datin Dr Norain Abu Talib. Turut hadir Pengarah Urusan Colgate-Palmolive (Marketing) Sdn Bhd, Lefteris Vitalis.

Dr Wong berkata, rutin yang perlu diamalkan untuk menjaga kesihatan mulut dan mencegah kaviti adalah menerusi empat langkah mudah termasuk memberus, menggunakan flos, berkumur dan mendapatkan pemeriksaan doktor pergigian secara tetap.

“Sejak dari dulu lagi, rakyat Malaysia amat susah untuk melakukan pemeriksaan gigi. Ini terbukti apabila hasil tinjauan kaji selidik Kesihatan Mulut Rakyat Malaysia 2000 menunjukkan sembilan daripada 10 rakyat Malaysia mengalami masalah kaviti.

“Hal ini disebabkan oleh rasa takut kepada kesakitan yang akan mereka hadapi jika berjumpa doktor untuk melakukan pemeriksaan gigi. Pemikiran sebegini perlu diubah kerana jika dibiarkan berterusan, fakta yang membimbangkan ini tidak akan berubah,” katanya.

Dalam hubungan ini, ibu bapa perlu memainkan peranan penting dengan memberi maklumat secara tepat kepada anak mengenai kesihatan mulut serta betapa pentingnya menjaga mulut. Kanak-kanak akan lebih berasa takut jika orang dewasa seperti ibu bapa menunjukkan ketakutan untuk melakukan pemeriksaan gigi di klinik.

Bukan kesihatan gigi kanak-kanak saja perlu diambil berat, bayi yang baru tumbuh gigi juga perlu diberi perhatian. Setiap kali selepas memberi bayi anda makan, lap gigi mereka menggunakan kain lembap untuk menanggalkan segala sisa makanan yang melekat dan sekiranya keseluruhan gigi mereka sudah keluar sepenuhnya, gunakan berus gigi lembut yang dikhaskan untuk kanak-kanak.

Sesudah umur mereka menginjak, ajar mereka untuk memberus gigi dua kali sehari dengan cara yang betul menggunakan ubat gigi yang mengandungi fluorida yang mampu menguatkan gigi dan membaiki kawasan yang lemah sebelum terjadinya kaviti. Ingatlah bahawa pengabaian kesihatan dan penjagaan mulut boleh merosotkan kualiti hidup seseorang dengan menjejaskan keyakinan sosial.

Sehubungan itu, bagi mendidik dan meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap pengurusan penjagaan mulut yang lebih baik, Colgate-Palmolive dan Persatuan Pergigian Malaysia berganding bahu bagi tahun keempat melancarkan kempen Bulan Kesihatan Mulut 2007 di seluruh negara bertemakan Kaviti Sifar Untuk Senyuman Lebih Sihat.

Sepanjang April ini, akan diadakan pemeriksaan pergigian secara percuma di lebih 430 klinik pergigian di seluruh negara, di samping pameran bergerak di empat pusat beli-belah terpilih iaitu 1 Utama, Pacific Mall Kota Bahru, Sunshine Square Penang dan Giant Plentong Johor Bahru.

Bagi sesiapa yang mendapatkan pemeriksaan gigi di lokasi acara pameran bergerak dan klinik pergigian ini, akan menerima sampel produk Colgate secara percuma.

Maklumat mengenai pameran bergerak dan pemeriksaan pergigian di klinik yang ditetapkan boleh didapati dalam akhbar harian utama, menerusi talian Bulan Kesihatan Mulut Colgate, 1-800-883-918 atau menerusi laman web Colgate: http://www.colgate.com.my.


FAKTA: Kaviti

Berpunca daripada sisa makanan yang tertinggal di celah gigi sehingga membentuk plak mengakibatkan gigi berlubang.

Orang dewasa juga menghadapi risiko apabila kaviti memusnahkan gigi dan membunuh saraf di tengahnya hingga mengakibatkan gusi bengkak akibat jangkitan di hujung akar gigi.

Kekurangan kalsium dalam diet juga boleh meningkatkan risiko anda mendapat kaviti.

Gigi menjadi kuat jika ada mine ral seperti kalsium, fosforus, magnesium dan fluorida.

Seperti tulang, gigi memerlukan kalsium yang mencukupi terutama apabila kandungan mineral ini yang diperlukan oleh tubuh tidak menepati di dalam diet seharian.

Bro Rick Says....
Senyuman yang manis dan gigi yang putih, pasti menawan sesiapa yang memandang.

Tuesday, May 1, 2007

Minta perhatian....

Sila Click pada imej untuk paparan lebih jelas.

Bro Rick Says....
Kalau betul ler hantar email lucah kene penjara 7 hari, fuh...rasa nya banyak kot yg sangkut kat dalam..hehehee

Be aware of this insect






Have you come across this insect ?
Pls be very careful with this particular insect. It seems to be attacking quite a number of people these days. It is quite poisonous too.

- Consult a doctor immediately as if not the infection will spread very fast.
- If you touch the wound, you must quickly wash your hands or else it will spread to the next place you touch.
- This insect does not sting or bite. It is its urine that is extremely acidic which causes the infection.

There is a big scar on his hand. When he went to see a doctor, that articular doctor too had a scar and it was also caused by this same insect.

This also came out in the chinese newspaper.

Bro Rick Says....
Berhati-hati dengan serangga ini....

Beauty Of Mathematics! !!!

Beauty Of Mathematics! !!!


1 x 8 + 1 = 9
12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
1234 x 8 + 4 = 9876
12345 x 8 + 5 = 98765
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543
12345678 x 8 + 8 = 98765432
123456789 x 8 + 9 = 987654321

1 x 9 + 2 = 11
12 x 9 + 3 = 111
123 x 9 + 4 = 1111
1234 x 9 + 5 = 11111
12345 x 9 + 6 = 111111
123456 x 9 + 7 = 1111111
1234567 x 9 + 8 = 11111111
12345678 x 9 + 9 = 111111111
123456789 x 9 +10= 1111111111

9 x 9 + 7 = 88
98 x 9 + 6 = 888
987 x 9 + 5 = 8888
9876 x 9 + 4 = 88888
98765 x 9 + 3 = 888888
987654 x 9 + 2 = 8888888
9876543 x 9 + 1 = 88888888
98765432 x 9 + 0 = 888888888

Brilliant, isn't it?
And finally, take a look at this symmetry:

1 x 1 = 1
11 x 11 = 121
111 x 111 = 12321
1111 x 1111 = 1234321
11111 x 11111 = 123454321
111111 x 111111 = 12345654321
1111111 x 1111111 = 1234567654321
11111111 x 11111111 = 123456787654321
111111111 x 111111111 = 123456789 87654321


Bro Rick Says...
Lihatlah bagaimana bijak nya manusia....otak dan akal fikiran, kurniaan tuhan.

18 pelatih separuh bogel


KUALA TERENGGANU: Sungguh mengaibkan apabila 18 pelatih wanita sebuah institusi kemahiran di Selangor, dikatakan dipaksa menanggalkan pakaian kecuali coli serta seluar dalam oleh tenaga pengajar mereka.

Dalam keadaan separuh bogel itu, semua pelatih wanita berusia antara 18 hingga 24 tahun turut dipaksa berdiri dalam bengkel selama empat jam dari jam 8 pagi hingga 12 tengah hari, Jumaat lalu.

Bukan setakat itu, seorang pelatih dari Hulu Terengganu dekat sini, mendakwa mereka juga dimaki-hamun serta dipanggil anjing dan babi.

Dia yang tidak mahu namanya didedahkan, memberitahu Harian Metro, semua beg pelatih dikumpulkan di tengah bengkel manakala telefon bimbit mereka dirampas seorang daripada dua tenaga pengajar terbabit.

“Kami memang malu diperlakukan begitu. Walaupun cuba membantah, dua tenaga pengajar itu mengugut melakukan sesuatu yang lebih teruk jika kami berdegil.

“Kami terpaksa akur dengan perintah mereka sebelum menanggalkan pakaian dan terpaksa menebalkan muka apabila ada pelatih lelaki melintas depan kelas,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, insiden memalukan itu bermula apabila pihak fakulti menerima maklumat ada seorang pelatih meninggalkan institut sehari sebelum itu dan tidak hadir kuliah.

Katanya, mereka tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil kerana sebahagian besarnya tidak bersalah dan sepatutnya tidak dibabitkan dalam hal itu.

“Ibu bapa kami menganggap tindakan itu keterlaluan sebelum ada yang membuat laporan di Balai Polis Kuala Kubu Baharu,” katanya yang tidak akan melupakan kejadian mengaibkan itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Kubu Baharu, Superintendan Hud Abd Rahman, ketika dihubungi semalam, mengesahkan beberapa laporan diterima membabitkan insiden terbabit.

Menurutnya, siasatan masih dijalankan dan sehingga kini, keterangan pelatih dan beberapa saksi lain dirakamkan bermula Sabtu lalu.

Mengulas kejadian terbabit, Ketua Fakulti Perkhidmatan Personal institut itu, Rubiah Kassim, berkata berlaku salah faham antara pengajar dan fakulti dalam menangani isu disiplin pelatih.

“Memang benar, majoriti pelatih mempunyai masalah disiplin seperti minum ubat batuk, arak, berpesta di asrama, tidak solat dan berlaku sumbang.

“Tetapi, arahan saya pada hari itu cuma hanya penolong saya merampas semua telefon bimbit kerana memang polisi tidak membenarkan pelatih membawa telefon ke kelas atau di bengkel,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Rubiah berkata, tenaga pengajar terbabit tidak berniat memalukan pelatih, malah mereka memohon maaf kepada pelatih dan keluarga masing-masing.

Penolong Pengarah Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Ahmad Zaki, pula berkata pihaknya akan menjalankan siasatan dalaman dan tindakan sewajarnya akan diambil selepas selesai siasatan.

Bro Rick Says....
Apa masalah yg menimpa budak2 perempuan ini...dimanakah harga diri dan akal fikiran tenaga pelaih tersebut..mungkin juga tenaga pelatih itu seorg yg gila seks...

Allah sygkan CATRIONA BAHRIN ROSS, pelakon kacukan Melayu - Scottish









Bro Rick Says....
Semoga dia cepat sembuh dan sihat seperti sedia kala....sama2 kita mendoakan...

" Gurindam Jiwa "

Kelmarin dan Semalam Rick bercuti...
Kelmarin selepas selesai aku membuat tugasan BKS, mata ni layu bak
ditiup angin yg berpasir,mengantuk sangat, mungkin x cukup tido
malam tadi, sebab aku terpaksa berjaga hingga kepagi....
mencari idea untuk BKS, betul kata sahabat ku Chii, yg menyuruh
aku memanjat Bukit Beruang, walaupun bukit tu
tak la jauh dari rumah aku, tapi aku tak pernah nak panjat,
dan pagi tadi baru aku panjat...

Fuh boleh tahan juga, nak naik patah kaki ni dibuatnya.

Balik kerumah, aku teringat cerita Nordin Ahmad, Selain filem
Lakonan P.Ramlee, aku minat juga pada lakonan Nordin Ahmad.
Cerita mengisahkan Nordin Ahmad pandai berpantun...
Tajuk filem tersebut " Gurindam Jiwa ", aku menyimpan Vcd nya
sebagai koleksi sejak 5 tahun dahulu, best sebenarnya
sesekali layan kepala tgk cerita lama begini.

Antara bait-bait pantun nya ialah....

Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan,
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.

Anak cina pasang luka,
Luka dipasang ditanjung jati,
Didalam hati tidak ku lupa,
Sebagai ganti rambut tersimpul mati.

Burung merpati terbang seribu,
Hinggap seekor ditengah laman,
Hendak mati dihujung kuku,
Hendak berkubur ditapak tangan.

Kalau tuan mudik kehulu,
Kirimkan saya bunga kemboja,
Kalau tuan mati dahulu,
Tunggu lah saya di pintu syorga.

Daun selasih dimakan budak,
Daun sehelai dimakan kuda,
Didalam hati tidak ku lupa,
Seribu tahun kembali juga.

Best sangat dengar suara Nordin Ahmad menyanyi dan berpantun...rasa tenang jiwa ni...