Friday, April 20, 2007

INILAH NASIB KITA-INGIN MENCARI REZEKI HALAL TETAPI DILAYAN SEPERTI PENJENAYAH

Sila click pada imej, untuk paparan yg lebih jelas...

BEGINIKAH NASIB PENIAGA DAN SISWAZAH KITA YANG BERNIAGA SECARA HALAL...DIBERI AMARAN SEPERTI PERAGUT DAN PENJENAYAH UNTUK DIPENJARA DAN DIDENDA...ATAS KUASA APA MEREKA ADA UNTUK MEMENJARA PENIAGA-PENIAGA SEPERTI INI. ATAU MEREKA LAGI RELA AGAR GOLONGAN 'TIDAK BERSALAH' INI UNTUK MELEPAK DAN MEREMPIT, MEMBUANG MASA TIDAK TENTU ARAH...

Petikan surat di atas...

(NOTIS MELARANG MENJAJA TANPA LESEN)

SEKSYEN 3 UNDANG-UNDANG KECIL PENJAJA 1982
(TEMPAT AWAM)

Bahawasanya setelah menjalankan siasatan tuan/puan telah didapati menjalankan aktiviti menjaja tanpa mempunyai lesen yang dikeluarkan oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Butir-butir aktiviti menjaja seperti di dalam lampiran 1.


2. Tuan / Puan telah didapati melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 3 Undang-undang Kecil Penjaja 1982 dan boleh disabitkan kesalahan dikenakan denda tidak lebih daripada dua ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada satu tahun atau denda dan penjara itu kedua-duanya.


3. Dengan ini tuan / puan adalah diarahkan supaya memberhentikan aktiviti menjaja dengan serta merta.


4. AMBIL PERHATIAN jika tuan / puan gagal mematuhi kehendak notis ini tindakan penyitaan akan diambil terhadap barang-barang tuan / puan di bawah Seksyen 23 Undang-undang Kecil Penjaja 1982.


5. DAN AMBIL PERHATIAN kegagalan tuan / puan mematuhi kehendak notis ini adalah juga merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 109. Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan boleh dikenakan denda tidak lebih daripada lima ratus ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada enam bulan atau denda dan penjara kedu-duanya.

Bro Rick Says....
Berniaga tanpa lesen, adalah satu kesalahan, tak guna kalau kita mempersoalkan undang2 jika kita tidak mematuhi nya....

" Tanda Tanya Yin "



Alasan pasangan penuh persoalan

KUALA LUMPUR: Pelbagai persoalan kini timbul apabila pasangan suami isteri warga Myanmar yang menetap di negara ini kira-kira 20 tahun, mendakwa mereka tidak menyedari langsung kehilangan Muhammad Nazrin Shamsul Ghazali atau Yin, 5. Alasannya, mereka buta huruf dan tiada peti televisyen di rumah.

Lebih meragukan apabila pasangan itu mendakwa terpaksa mencukur rambut Yin selepas dua hari menjaga kanak-kanak berkenaan kerana dia diserang demam campak dan mempunyai bintik-bintik gatal di kepala.

Bagaimanapun, ketika diserahkan kembali ke pangkuan keluarganya, kanak-kanak itu tidak mempunyai sebarang kesan diserang demam campak dan kudis di kepala seperti dakwaan pasangan itu.

Selain itu, pasangan suami isteri terbabit mendakwa ketika Yin diserang demam campak, suhu badannya terlalu panas dan mereka terpaksa menjemput seorang doktor yang juga warga Myanmar untuk merawat kanak-kanak itu sebelum disapu sejenis ubat di seluruh badan.

Hakikatnya, bapa Yin, Shamsul Ghazali Shamsudin, mendakwa doktor di Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang memeriksa anaknya mengesahkan kanak-kanak itu tidak kena campak dan tidak mengalami sebarang trauma selepas kejadian itu.

Tinjauan Harian Metro di rumah pasangan warga Myanmar di kawasan setinggan di Sentul Pasar di sini, mendapati kediaman berkenaan tidak dilengkapi televisyen, namun jiran mereka mempunyai kemudahan itu.

Malah, jiran pasangan itu yang juga warga Myanmar, enggan memberi sebarang komen dan mendakwa mereka tidak mengetahui mengenai kanak-kanak berkenaan.

Pasangan warganegara Myanmar itu, Abdul Rahman Doli Rahman, 31, dan Noorshida Nur Islam, 27, mempunyai lima anak berusia dua hingga 10 tahun ketika ditanya mengenai doktor yang merawat Yin, bagaimanapun mendakwa doktor itu sudah meninggalkan Kuala Lumpur kerana pulang ke negara asalnya.

Abdul Rahman yang bekerja mencari barang lusuh berkata, dia dan isteri menamakan Yin dengan nama Yusof dan kanak-kanak terbabit manja dengan mereka sekeluarga.

Pendatang terbabit berkata, dia dan isteri ke pusat beli-belah Sogo di sini, setiap hari untuk mengutip barang terbuang yang boleh dijual atau dikitar semula.

Ketika ditanya mengapa mereka tidak menyerahkan Yin kepada polis, Abdul Rahman berkata, dia dan isteri tidak mengetahui kanak-kanak itu orang hilang yang dicari selama ini serta tidak pernah berurusan dengan polis.

“Saya tak tahu membaca dan kami hidup susah, mana saya tahu budak ini ada ibu bapa,” katanya.

Yin, seorang kanak-kanak hiperaktif yang hilang sejak dua minggu lalu, ditemui semula kelmarin, selepas sepasang suami isteri warga Myanmar menghubungi seorang rakan bapa mangsa, Baharudin Hassan sebelum mereka bertemu di sebuah masjid di Sentul untuk menyerahkan kanak-kanak terbabit.

Kanak-kanak itu kemudian dibawa pulang ke rumah Baharudin yang bersahabat dengan Shamsul Ghazali di Setiawangsa di sini, sebelum dihantar ke HKL untuk pemeriksaan kesihatan.

Yin hilang ketika mengikut ibu bapanya membeli-belah di Kompleks Sogo di sini, kira-kira jam 2 petang, 31 Mac lalu sebelum dia dijumpai wanita warga Myanmar yang mendakwa membawa kanak-kanak itu pulang ke rumahnya di Sentul Pasar.

Pelbagai usaha dilakukan untuk mencari kanak-kanak itu, termasuk menawarkan ganjaran kepada pemberi maklumat, solat hajat dan mengedarkan poster di sekitar ibu kota.

Mengadu sakit kaki

SUBANG: Muhammad Nazrin atau Yin yang hilang di Kompleks Sogo, Kuala Lumpur, dekat sini, 31 Mac lalu, mengadu sakit kedua-dua tapak kaki serta tangannya, selain kesan luka kecil serta mengelupas.

Bapanya, Shamsul Ghazali Shamsuddin, 35, berkata dia tidak dapat menceritakan keadaan sebenar Yin sepanjang berada dalam ‘simpanan’ pasangan Myanmar itu kerana anaknya tidak petah bercakap.

“Yin hanya mengadu sakit kaki dan tangannya, dia tak petah bertutur jadi tak banyak yang diceritakannya sepanjang tinggal dengan pasangan warga asing itu,” katanya ketika ditemui di rumah bapa saudaranya, di Taman Setia Warisan, Kampung Melayu Subang di sini, semalam.

Shamsul berkata, dia keliru dengan alasan pasangan suami isteri itu membotakkan kepala anaknya.

“Saya serah kepada polis untuk menyiasat pasangan itu,” katanya.

Malah, beliau berkata, jika pasangan Myanmar itu ditahan, mungkin polis ada sebab tertentu untuk menjalankan siasatan.

“Bagi saya, mereka (pasangan Myanmar) sudah tidak mempunyai masalah dengan keluarga saya kerana mereka sudah mengembalikan Yin,” katanya.

Menurutnya, pemeriksaan kesihatan masih dijalankan terhadap Yin dan doktor hanya memberi tempoh kira-kira dua jam untuk pulang ke rumah bagi meraikan kenduri kesyukuran yang dibuat saudara serta penduduk, semalam, sebelum Yin dihantar semula ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Tinjauan Harian Metro mendapati penduduk Taman Setia Warisan, menunggu kepulangan Yin sejak jam 9 pagi semalam dan bergotong-royong menyediakan hidangan jamuan kesyukuran.

Mereka menghulurkan sumbangan termasuk menyediakan lebih 10 kilogram (kg) daging lembu, 50 ekor ayam dan memasak 30kg nasi untuk dijamu seluruh penduduk taman perumahan berkenaan.

Suasana di dalam dan pekarangan rumah itu meriah dengan lebih 500 penduduk bersama-sama meraikan kepulangan Yin.

Yin pula tidak mengalami sebarang masalah dan asyik dengan permainannya tanpa menghiraukan kunjungan ramai.

Cuma sesekali Yin mengadu kesakitan akibat kulit tapak tangan serta kakinya mengelupas.

Shamsul yang bekerja di sebuah bank berkata, dia akan pulang ke Ipoh, Perak selepas menyelesaikan semua masalah di sini dan memulakan tugas 2 Mei ini.

“Majikan saya memberikan cuti sehingga akhir bulan ini bagi membolehkan saya menyelesaikan masalah membabitkan kehilangan Yin,” katanya.

Mengapa kepala dibotak?

KUALA LUMPUR: “Ketika pasangan suami isteri warga Myanmar itu menyerahkan Yin, semalam (kelmarin), saya tidak mengesyaki apa-apa perbuatan buruk selain hanya mahu berjumpa semula dengan anak kami.

“Tetapi, selepas laporan perubatan mengesahkan Yin tidak menghidap demam campak sepanjang tempoh kehilangannya seperti didakwa pasangan Myanmar terbabit, saya mula curiga dengan perbuatan mereka membotakkan kepala anak saya,” kata Nur Amizah Ahmad, 25, ibu kepada Yin atau Muhammad Nazrin Shamsul Ghazali, 5, yang ditemui semula kelmarin, selepas hilang kira-kira dua minggu.

Dia berkata demikian selepas mengetahui pasangan warga Myanmar terbabit, Abd Rahman Doli Rahman, 31, dan Noorshida Nur Islam, 27, ditangkap di rumah mereka di Sentul di sini, kira-kira jam 1 tengah hari semalam, bagi membantu siasatan berhubung kehilangan kanak-kanak berkenaan.

“Sekiranya benar tujuan mereka ‘menyembunyikan’ Yin untuk melakukan sesuatu yang tidak baik, saya amat marah walaupun pasangan ini sudah memulangkan anak saya.

“Bagaimanapun, saya menyerahkan perkara ini kepada polis untuk menjalankan siasatan terperinci bagi mengetahui apa sebenarnya yang berlaku,” katanya.

Nur Amizah yang agak terkejut ketika dimaklumkan mengenai penangkapan pasangan Myanmar itu berharap segalanya berjalan dengan baik tanpa sebarang tanggapan buruk mengenai kehilangan anak mereka.

“Walaupun mereka menyerahkan anak saya dalam keadaan selamat, tindakan pasangan terbabit membotakkan kepala selain mendakwa Yin diserang demam campak menimbulkan kemusykilan kami sekeluarga.

“Bagaimanapun, saya bersyukur Yin disahkan sihat oleh doktor selepas mendapatkan pemeriksaan di Hospital Kuala Lumpur (HKL),” katanya.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner I Zulhasnan Najib Baharudin, mengesahkan pihaknya menerima maklumat daripada seseorang yang nampak Yin digunakan untuk tujuan sesuatu.

Difahamkan, Yin dibawa pasangan warga asing itu mengemis di sekitar Lembah Klang, sepanjang tempoh kanak-kanak itu dilaporkan hilang.

“Polis akan menyiasat dakwaan terbabit manakala pasangan warga Myanmar itu akan dibawa ke mahkamah esok (hari ini) bagi mendapatkan perintah tahanan reman.

“Segala aduan yang diterima mengenai kes ini akan disiasat secara menyeluruh,” katanya di sini, semalam.

Pasangan suami isteri warga asing itu ditahan di rumah mereka bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan iaitu menculik kanak-kanak itu dari penjaga sah di sisi undang-undang.

Katanya, polis tidak menutup kes kehilangan kanak-kanak itu dan akan terus menyiasat sehingga mengetahui punca dan apa yang berlaku terhadapnya.

“Kes ini sebenarnya tidak ditutup, tetapi operasi mencari kanak-kanak ini yang dihentikan,” katanya, mengulas kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, bahawa kes berkenaan kini ditutup berikutan penemuan kanak-kanak terbabit, kelmarin.

Menurut Zulhasnan, siasatan awal mendapati Yin tidak pernah mengalami demam campak seperti didakwa pasangan Myanmar terbabit ketika mereka menjaganya selama dua minggu.

“Polis akan menyiasat mengapa pasangan itu membotakkan kepala kanak-kanak ini sedangkan laporan perubatan mengesahkan dia tidak mengalami demam campak sepanjang kehilangannya dua minggu lalu.

“Perkara ini diperkuatkan lagi dengan dakwaan orang ramai yang melihat Yin digunakan untuk tujuan tertentu di sekitar Lembah Klang,” katanya.

Terus siasat


KUALA LUMPUR: Walaupun Muhammad Nazrin Shamsul Ghazali atau Yin, sudah kembali ke pangkuan ibu bapanya kelmarin, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mahu polis terus menyiasat punca sebenar kanak-kanak berusia lima tahun itu ‘disimpan’ keluarga Myanmar di Sentul di sini, selama dua minggu.

“Polis mesti terus menyiasat perkara itu secara terperinci untuk mengetahui punca dan bagaimana Yin langsung tidak dapat dikesan dalam tempoh dua minggu itu,” katanya selepas melawat Yin di Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini, semalam.

Turut sama melawat Yin ialah isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang diiringi Pengarah HKL, Dr Zaininah Mohd Zain, Ketua Jabatan Pediatrik yang juga pakar Neurologi Kanak-kanak, Dr Hussin Imam dan Pakar Perunding Kanan Pediatrik, Dr Irene Chua.

Ibu bapa kanak-kanak itu, Shamsul Ghazali Samsuddin, 35, dan Nor Amizah Ahmad, 25, turut berada bersama anak mereka ketika lawatan itu.

Shahrizat berkata, beliau hairan kenapa Yin yang dikatakan pernah dibawa ke kedai masih tidak berjaya dikesan dalam tempoh itu.

Yin yang hilang sejak 31 Mac lalu, dijaga pasangan suami isteri warga Myanmmar, Noorshida Nur Islam, 27, dan Abd Rahman Doli Rahman, 31, yang tinggal di Sentul Pasar, di sini, sebelum menyerahkannya kepada ibu bapa Yin kelmarin dalam keadaan kepalanya dibotakkan.

Noorshida mendakwa kepala Yin dibotakkan kerana mengalami demam campak sehingga timbul bintik-bintik merah pada keseluruhan badan dan penyakit itu menyebabkan Yin mengalami kegatalan pada kepala.

Shahrizat berkata, kenapa ketika Yin dibawa ke klinik dan kedai tidak ada sesiapa yang perasan.

“Apakah ini disebabkan masyarakat sekitar tidak menyedarinya atau sengaja tidak mengambil berat.

“Itulah sebabnya saya minta pihak polis terus menyiasat untuk mengenal pasti puncanya atau mungkin ada sesuatu yang terselindung di sebalik kehilangan kanak-kanak ini,” katanya. - Bernama

Bro Rick Says....
Pepatah pernah berkata, " Buat Baik Berpada-pada, Buat jahat Jgn Sekali "
Terus kan menyiasat, dan bukti kan kebenaran nya...

BENDA ASING DALAM BOTOL MINUMAN COKE!


APA DIA? Sekali pandang, kelihatan seakan-akan kahak. Bezanya ia bukan terapung dsalam parit tetapi botol minuman berkarbonat jenama terkemuka yang masih belum dibuka penutupnya.

Penemuan itu dibuat oleh seorang pekerja runcit di Taman Pinggiran Delima, Kuala Lumpur, Mohammad Ramadan Rustam,21, ketika menyusun rak barangan jualan kelmarin.

Tarikh luput pada penutup botol 1.5 liter itu ialah 26 Jun ini dan ia dihantar ke kedai tersebut bulan lepas.

Mujurlah saya terjumpa botol itu sebelum dijual kepda pelanggan katanya.

Botol itu diserahkan kepada jirannya yang kemudian menghantarnya ke pejabat KOSMO! malam kelmarin.

Bro Rick Says....
Berhati-hati ketika membeli sesuatu produk itu..agar anda bebas dari sebarang ancaman...

COKLAT BERULAT



PENGADU DAN COKLAT BERULAT


PENGADU TELAH MEMBELI COKLAT VAN HOUTEN BERULAT INI DI UDA OCEAN. DINASIHATKAN AGAR ANDA YANG LAIN AGAR BERHATI-HATI.

Bro Rick Says....
Rasanya bukan sekali paparan sebegini ditunjuk kan kepada semua org...kisah coklat berulat, tetapi berhati-hati la ketika memakan coklat..cuba perhatikan expired date nya dulu apabila membeli...kita ada hak sebagai pengguna, sila laporkan kepada pihak2 yg terlibat jika anda sebagai pengguna terancam...

BUDAYA ‘PROM’



Kian ramai para remaja kini didedahkan dengan majlis ini terutamanya di sekolah-sekolah yang terletak di kawasan metropolitan di Malaysia. ‘Prom’ adalah satu gejala yang sudah menular di kalangan masyarakat remaja kita sekarang.

‘Prom’ adalah satu majlis keramaian yang dikhaskan untuk para remaja yang baru menamatkan pengajian di sekolah menengah. Majlis ini secara tradisinya telah bermula pada sekitar tahun 1800an di Amerika Syarikat dan ia bertujuan untuk mendedahkan remaja dengan kehidupan yang lebih teratur dan beretika dalam pergaulan.

Perkataan ‘Prom’ adalah berasal dari perkataan ‘promenade’ yang bermaksud majlis tarian yang formal di mana para jemputan memperagakan fesyen pakaian dan gaya tarian masing-masing. Pada mulanya ‘Prom’ ini hanya diadakan di dewan-dewan sekolah tetapi ianya telah berpindah ke hotel-hotel.

Apabila tarikh ‘Prom’ diumumkan di sekolah-sekolah setiap pelajar lelaki akan ‘melamar’ pelajar perempuan untuk bersama-sama ke majlis tersebut. Adalah sesuatu yang amat menghinakan jika seseorang pelajar lelaki atau seseorang pelajar perempuan itu hadir tanpa pasangan. Akan tetapi, trend remaja Amerika kini sudah berubah dengan pelajar perempuan menjadi semakin agresif dengan beraninya ‘melamar’ pelajar lelaki pilihan mereka ke majlis tersebut.


‘Prom’ yang asalnya menjadi pentas yang lebih sopan kini telah menjadi medan untuk menunjuk-nunjukkan kemewahan apabila rakyat Amerika menjadi lebih mewah. ‘Prom’ sudah menjadi seolah-olah malam anugerah bintang dengan mereka yang berkemampuan akan muncul dengan menaiki limosin yang menjalar-jalar.

Majlis ‘Prom’ ini dimulakan dengan muzik yang konservertif di kala para hadirin menikmati makan malam dan menjadi semakin rancak selepas itu.

Kesemua mereka akan menari berpasang-pasangan sehingga di akhir majlis puteri dan putera Prom akan dipilih.

Muzik liar diselangi dengan muzik romantik akan terus dimainkan dan setelah majlis tersebut tamat kebanyakan pasangan itu terus dengan ‘agenda tersendiri’ mereka sehingga ke pagi di bilik-bilik hotel dan lain-lain tempat yang berasingan.


Wajarkah nilai sebegini dibiarkan subur dalam dunia remaja kita di Malaysia? Sudah tentu nilai yang ditonjolkan dalam majlis-majlis ‘Prom’ itu tidak selari dengan nilai masyarakat kita.

Berapa banyak lagi budaya liar yang hendak kita semai dalam masyarakat kita sehingga kita tidak lagi mempunyai identiti yang sebenar?

Mungkin ‘Prom’ di Malaysia belum lagi sampai ke tahap itu tetapi jika budaya ini dipupuk sudah pasti ia akan menjadi tidak ubah seperti apa yang terjadi di masyarakat barat sekarang atau lebih buruk lagi.

Kita telah meniru budaya ‘ragging’ sehingga ianya tidak terkawal dan mengakibatkan kehilangan nyawa remaja kita. ‘Ragging’ yang bertujuan untuk berkenal-kenalan telah menjadi budaya pengabdian dan seterusnya menjadi budaya buli sehingga Kementerian Pelajaran terpaksa menganjurkan kempen-kempen khas untuk membanteras gejala ini.

Sama-sama kita berharap agar ‘Prom’ ini tidak diberikan ruang dan peluang untuk menjahanamkan lagi remaja-remaja kita.

Bro Rick Says....
Bagi saya..jika bagaimana sekali pun, percampuran antara mana kawan2 atau sahabat, yg paling penting pada diri sendiri, kalau kita tahu memikir dan memilih kawan2 atau sahabat...anda pasti akan selamat...

HIDU GAM DI TEMPAT TERBUKA !



REMAJA SELAMBA HIDU GAM DI TEMPAT TERBUKA!ANAK SIAPA TU?

Melayu segala juara !!. Mungkin ada yang akan tersinggung dengan kata - kata ini namun inilah hakikatnya kini. Pahit untuk diterima tetapi masalah demi masalah terus menghantui remaja Melayu. PPIM merasakan sudah tiba masanya kita melihat di mana silapnya kejatuhan nilai – nilai murni anak bangsa kita.
Di mana peranan ibu bapa dan masyarakat dalam membendung gejala serius seperti ini dan relakah kita terus melihat anak remaja warisan bangsa kita hidup tanpa arah tuju yang jelas. PPIM berharap agar para ibu bapa guru – guru dan masyarakat bangun dan bersama membanteras keruntuhan anak bangsa kita.
‘Takkan Melayu Hilang Di Dunia’ tetapi jika sekadar menjadi penghuni setia lorong - lorong gelap dan kaki lima jalanan sebagai penghidu gam dan penghisap dadah tiada bezanya antara hidup dan mati. Ayuh bangsa Melayu jangan biarkan warisan kita terus punah ditelan zaman.



REMAJA SELAMBA HIDU GAM DI TEMPAT TERBUKA
ANAK SIAP TU?
OLEH NURULANUAR MANSOR

KUALA LUMPUR-Tanpa menghiraukan orang ramai yang lalu lalang, sekumpulan remaja dipercayai berumur di antara 10 hingga 18 tahun, berhampiran Pangsapuri Cemara, Bandar Tasik Permaisuri, di sini asyik menghidu gam.
.

Gelagat remaja yang membimbangkan itu dirakamkan oleh jurugambar KOSMO! Shahril Azman Zain di tepi jalan raya di kawasan itu semalam.
.

Berbekalkan setin gam kayu yang dikongsi secara beramai-ramai, mereka khayal dalam dunia tersendiri.
.

Lebih membimbangkan, akibat kesan khayalan tersebut, mereka tidak lagi mempedulikan keselamatan diri sehingga ada yang terbaring di tengah jalan raya kerana sudah high.
.

Setelah penat berbaring, mereka yang dipercayai dari kawasan berhampiran mula menunjukkan kehebatan menunggang basikal.
.

Apabila didekati dan cuba ditegur, kumpulan remaja berlagak samseng itu memarahi dan memberi amaran agar KOSMO! Tidak mencampuri urusan mereka.
.

Persoalannya, adakah ibu bapa mereka tahu mengenai kegiatan-kegiatan anak-anak masing-masing yang merosakkan diri sendiri itu?
.

Apa yang dirakamkan ini seharus menyedarkan kita betapa pentingnya pemantauan dilakukan terhadap kegiatan luar rumah anak-anak.
.

Jika sekarang mereka khayal dengan gam, tidak mustahil satu hari nanti, anak-anak pewaris bangsa ini akan terjebak dengan najis dadah.

Bro Rick Says....
Cuba tingkatkan mutu kehidupan anda semua, agar berada dilandasan yg sebenar...

world's Oldest Condom.....Reuseable!


Recycleable! Ewww....

"The reusable condom dates back to 1640 and is completely intact, as is its orginal users' manual, written in Latin.

The manual suggests that users immerse the condom in warm milk prior to its use to avoid diseases.

The antique, found in Lund in Sweden, is made of pig intestine and is one of 250 ancient objects related to sex on display at the Tirolean County Museum in Austria this summer."

Bro Rick Says....
Boleh guna lagi ker....hehehee