Tuesday, April 24, 2007

Senaman Tai Chi mampu mencegah Kayap



Senaman tai chi yang memang sudah diakui memberi kesan baik terhadap kesihatan warga emas, tubuh kini diketahui memberi satu lagi faedah, iaitu mencegah kayap, sejenis penyakit kulit yang amat menyeksakan.

Apa yang telah dipastikan warga tua yang melakukan senaman pergerakan perlahan tai chi, mempunyai kadar tindak balas pelalian terhadap virus yang menyebabkan penyakit kayap berbanding mereka yang hanya mengikuti kelas kesihatan.

Ini merupakan hasil kajian diketuai Dr Michael Irwin dari Universiti California, Los Angeles itu disiarkan dalam Jurnal Persatuan Geriatrik Amerika.

Kayap merupakan penyakit ruam kulit yang sering berlaku di kalangan mereka yang pernah menghidap campak. Selalunya virus campak kekal di dalam tubuh dan timbul semula dalam bentuk kayap beberapa tahun kemudian.

Bro Rick Says....
Pernah gak berlajar Tai Chi ni, tapi x pernah habis...heheheheee

Senaman kemut

Petikan daripada Harian Metro:

Nama senaman kemut mungkin agak melucukan. Namun, di dalam kesihatan, senaman ini mempunyai banyak khasiat untuk organ seksual sama ada lelaki atau wanita.
Senaman kemut membabitkan mencengkam otot pembukaan lubang najis dan lubang kencing atau otot lantai pelvis seolah-olah seperti mahu menahan kencing atau air besar dan ia harus dilakukan serentak.

Tidak dinafikan apabila seseorang melakukan senaman kemut, perasaan kurang selesa akan berlaku dengan lelaki akan berasa lubang najis tersempal dan jika membuang air besar akan mengalami sembelit.

Bagi mereka yang ada buasir pula penyakit itu menjadi ketara dan menyakitkan tetapi sebaliknya kepada wanita apabila melakukan senaman ini, mereka akan berasa terangsang, terutama jika kedua-dua paha dirapatkan.

Bagaimanapun, jika paha direnggangkan sedikit, mungkin rasa terangsang itu kurang atau tiada. Cara melakukan senaman kemut untuk lelaki ialah dengan merapatkan kedua-dua pehanya dan mencengkam lubang najis dan lubang kencing sekali gus dengan padat serta tahan nafas seketika antara 3-5 saat sebelum legakan kemutan dan ulangi sehingga 10 kali.

Lakukannya lima kali sehari dan setiap kali, cengkam 10 kali. Ketika melakukan senaman kemut, seseorang lelaki itu perlu berada dalam keadaan selesa termasuk sudah membuang air besar dan kecil.

Antara khasiat senaman kemut ialah dapat membina otot benteng pangkal zakar yang mana jika zakar ereksi, mengemut dapat memadatkan pangkal zakar dan menolak serta memerah darah hala ke depan sekali gus menyebabkan penghujung zakar lebih padat dan kembang seolah-olah zakar kelihatan besar di depan.

Untuk wanita, amalan kemut dapat melangsing dan melegakan corong faraj sekali gus menyempitkan pembukaan faraj yang renggang.Dengan corong faraj yang sempit dan kemas, angin tidak mudah masuk ketika wanita itu bergerak dan hubungan kelamin tidak akan berbunyi saperti angin keluar dan masuk.Amalan mengemut dapat membantu melangsingkan otot kemutan dan membantu mengintimkan hubungan dengan pasangan kerana akan menjadikan aktiviti seksual lebih seronok dan merangsangkan.

Senaman kemut tidak akan dapat membina zakar menjadi panjang atau besar seperti mana yang dipaparkan dalam internet yang mendakwa kaedah pembesaran zakar dengan cara senaman kemut yang kononnya amalan orang Arab.Yang pasti, senaman kemut dapat memberi tenaga dan kekuatan apabila zakar yang sedang ereksi itu dikemutkan akan mudah bergerak dengan lancar di dalam faraj.

Malah, mengemut juga mengekalkan ereksi dan dapat bergerak serta mengubah posisi sekali gus merendahkan kemungkinan darah terkeluar daripada otot zakar. Selain itu, jika menggerakkan zakar dilakukan ke dalam faraj dengan keadaan lelaki itu sedang mengemut, pasangan akan dapat merasai nikmat yang lebih dan mudah mencapai klimaks. Gerakan zakar juga dapat dikawal dalam keadaan kemut.

Sunday, April 22, 2007

Puisi Buat Dhia

Mungkin ramai org terkejut melihat post kali ini, mungkin bro jarang menulis, tapi bila bro menulis bukan sekadar suka2 tapi ia datang dari hati yg berbisik dan minda berbicara...bila rindu berdesir....

Puisi ini Bro tujukan khas buat Dhia, sahabat cyber yg sering berinteraksi dengan bro, melalui email, cerita bro dan Dhia hampir sama dan serupa, tapi penghargaan ini ditujukan khas buat sahabat ku Dhia..



Hampir sebulan mengenali Dhia, mungkin Bro dpt mengenali serba sedikit bagaimana hati Dhia berbicara, org yg terlalu memahami dan mengenali hati bro...terima kasih diatas entry Dhia di blog nya,

bro berharap kekal persahabatan ini di akhir hayat...

Bila terdengar hati berbisik,
bersedesir ditelinga minda terbuka,
terdetik aku seketika, sanubari tercalar,
bila hati terusik tatkala aku sendiri,
firasat mencengkam cinta didada.


aku bagai lalang ditiup angin,
terbang melayang dihati mu,
mungkin ada kisah cinta terhalang,
tetapkan dihati bersatu,
bunga2 indah, terasing sendiri.
membongkar seribu arti.


mungkin derita melanda,
badai mendesir, laut berbicara,
angin berlembut, suria berduka,
bulan dengar suara kita,
dengan nama nya aku berdoa.


diantara firasat, sekujur layu,
dendam terasing,hati disakiti,
rindu direndam gesilah,
pasrah menanti penuh sabar.


aku terlelap seketika,
tersadar aku didalam mimpi,
bila ditiup angin, melayang aku diudara,
dan yg pastinya sisa2 hidupku dan dia,
yg masih belum berakhir.

Hasil Nukilan dr Bro Rick...untuk Dhia.

PERHATIAN PENTING!



HATI-HATI sebelum membeli/melabur dalam IRAQI Dinar/ Wang DINAR IRAQ


PPIM menerima beberapa pertanyaan /aduan orang ramai mengenai perkembangan terkini dalam peluang membuat “keuntungan besar” dalam skim terkini iaitu pembelian pelaburan Iraqi Dinar. Melalui siasatan awal kami mempunyai sebab untuk menasihatkan orang ramai dan ahli-ahi agar berhati-hati sebelum membeli dinar tersebut. Kami sedang membuat penyiasatan kerana mempunyai sebab untuk meragui kebenaran skim ini.

Kami difahamkan puluhan juta telah bertukar tangan bagi membeli dinar ini yang di beritakan beribu pejabat di Amerika..


Sehubungan dengan itu, kami menasihatkan para pengguna di luar sana agar bersabar sedikit sebelum membuat sebarang pelaburan atau pembelian sehingga penyiasatan kami selesai dalam masa terdekat ini.


Tidak rugi bersabar dan berhati-hati kerana ada skim di luar sana yang didalangi oleh mereka merancang untuk menipu.


Harap ambil perhatian

Bro Rick Says....
Bermacam-macam perlaburan sekarang ni, sehingga ada yg sudah lupa sebenarnya, mana yg haram dan yg halal......

Friday, April 20, 2007

APA NAK JADI!





PPIM menerima aduan berhubung ketaksuban peniaga restoran dan ‘seafood’ bukan Islam meletakkan tanda ‘pork free’ atau ‘no pork served’ bagi memancing pelanggan Islam ke restoran mereka. Bagi pengusaha tidak bermoral ini tanda tersebut adalah jaminan kepada umat Islam yang premis makanan mereka halal seperti yang terdapat di Restoran Hokkaido yang terletak berhampiran hotel Vistana.


Perkara ini perlu diberi perhatian serius oleh pihak berkuasa tempatan kerana papan tanda dan ‘signage’ seperti ini tidak harus dibenarkan digantung dan dipamerkan di premis mereka.Apa nak jadi asyik kena gasak je pengguna Islam negara ini!Justeru, kami sentiasa berharap agar perbuatan tidak beretika dan taktik kotor para peniaga ini tidak akan memerangkap pengguna dan pelanggan Islam. Jangan menurut nafsu dan tinggalkan yang meragukan dan balik kepada tuntutan fardu kifayah kita mencari yang halal serta perbelanjaan yang mampu menjana ekonomi ummah.

Bro Rick Says....
Kepada umat Islam, tolong ambil perhatian, sila periksa dahulu kesahihan logo halal, bila berkunjung ke sesebuah restoran atau kedai makan...

Di Manakah Mereka



Budak hilang tanpa jejak: Hati tersentap rindukan anak

KUALA SELANGOR: “Pada 22 April ini, genap lapan bulan Nur Farah Ain ‘ghaib’ dari rumah. Januari lalu pula, kami sekeluarga menyambut ulang tahun kelahirannya yang keempat tanpa kehadirannya.

“Sudah kering air mata yang mengalir rindukan keletahnya yang manja dan pelbagai lagi. Saya merayu sangat pada sesiapa yang mempunyai maklumat atau menjaganya, pulangkan segera anak kami. Hati saya bagai disentap setiap kali rindukan dia,” kata Anita Taiban, 35.

Anita yang ditemui di kediamannya di Taman Kasawari, Bukit Rotan, tidak henti mengalirkan air mata sepanjang pertemuan dengan Harian Metro mengenangkan nasib anaknya yang hilang sejak 21 Ogos 2006.

Ibu empat anak itu berkata, setiap kali sembahyang, dia pasti berdoa kepada Allah supaya dipertemukan semula dengan Nur Farah Ain.

“Majlis sambutan ulang tahun Ain saya buat secara kecil-kecilan. Saya bungkus makanan ringan dan kemudian diagihkan kepada kanak-kanak di sekitar kawasan perumahan ini.

“Selain itu, setiap bulan, kami akan memasak makanan dan turut mengagihkannya kepada penduduk di sini sebelum meminta bantuan mereka mendoakan kepulangan Ain,” katanya sayu.

Menurut Anita, saat paling hiba ialah setiap kali dia sekeluarga melihat atau mahu menjamah ayam goreng yang menjadi kegemaran Ain.

“Masih terbayang Ain meratah ayam goreng di tepi peti sejuk pada malam kehilangannya manakala saya pula memerhatikan saja tingkah lakunya ketika itu.

“Jadi, setiap kali terlihat atau menggoreng ayam, pasti wajah Ain meratah makanan kegemarannya itu terbayang di mata saya,” katanya.

Lebih memilukan, Anita semakin pilu apabila membaca laporan berkaitan kehilangan kanak-kanak di laporkan di dada akhbar.

Dia kini tidak membaca akhbar yang memaparkan laporan kehilangan Muhammad Nazrin Shamsul Ghazali, 5, atau Yin, yang hilang ketika mengikut ibu bapanya membeli-belah di kompleks beli-belah Sogo, Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini, sejak jam 2 petang, 31 Mac lalu.

“Saya terasa amat pilu setiap kali membaca laporan dan melihat wajah Yin di dada akhbar. Saya dapat rasakan perasaan ibu bapanya kerana saya sudah merasakan kepiluan itu sejak lapan bulan lalu.

“Sebab itu, saya tidak mahu membaca laporan berkenaan kerana saya perlu terus tabah menanti kepulangan Ain walaupun tidak tahu bila ia akan berlaku,” katanya.

Anita turut mengatakan, ramai pakar perubatan tradisional yang mengatakan anaknya itu disembunyikan bunian, jin atau dilarikan pihak tertentu.

Bagaimanapun, Anita sekeluarga bingung dengan semua pendapat itu kerana sehingga kini, tiada langsung maklumat atau bukti berkaitannya yang boleh dijadikan pedoman untuk menjejak mangsa.

“Kami mengumpul wang untuk bertemu dengan pakar perubatan Islam, Datuk Dr Harun Din bagi meminta jasa baiknya untuk mengesan lokasi Ain.

“Kalau ikutkan hati, kami juga mahu lakukan seperti apa dibuat bapa Yin atau lebih daripada itu. Bagaimanapun, kekangan kewangan menyebabkan kami terpaksa berikhtiar sekadar yang termampu saja,” katanya.

Menurut Anita, pintu kediamannya sentiasa dibiar terbuka kecuali pada tengah malam kerana berharap, jika ada individu datang ke sana menghantar Ain pulang, mereka tahu dia ada di rumah ketika itu.

Pernah beberapa kali individu tidak dikenali menaiki kereta berlegar di depan kediamannya tetapi mereka tidak berhenti atau bertanyakan apa-apa kepada Anita sebaliknya terus berlalu pergi apabila wanita berkenaan keluar menjenguk.

Anita berharap, lebih banyak pihak sudi membantu seperti apa yang dilakukan orang ramai dan pihak lain seperti kes Yin kerana dia turut kehilangan anak disayangi.

“Saya rindukan Ain. Bayangkanlah, saya mengandungkannya selama sembilan bulan dan akhirnya dia hilang begitu saja tanpa dapat dikesan,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan Nur Farah Ain boleh menghubungi Rakan Cop di talian 03-21159999, balai polis berhampiran atau Anita di talian 017-6151470.

Budak hilang tanpa jejak: 100 bomoh cari Siti

JOHOR BAHRU: Sebagai Pembantu Masyarakat Kemas yang dikelilingi kanak-kanak setiap hari, Rozita Sabtu atau Mohd Daud, 39, cukup tertekan apabila anak bongsunya hilang secara tiba-tiba pada 16 Julai 2005.


Sehingga ini, nasib Siti Mursyazerin Musa, 6, yang hilang selepas keluar membuang sampah kira-kira 30 meter dari rumahnya di Jalan Ubi, Kampung Sri Jaya di sini, kira-kira jam 8.30 malam, belum diketahui.

“Pada mulanya sukar meneruskan kehidupan ini kerana saya bekerja di tadika di kampung itu dan sebahagian daripada hari saya dihabiskan bersama kanak-kanak.

“Keadaan itu menyebabkan saya sering terbayangkan Siti. Maklumlah, dia dilarikan ketika masih bersekolah dan kanak-kanak di Tadika Kemas semua seusianya.

“Namun, syukurlah, berkat sokongan keluarga, rakan dan tawakal kepada takdir Ilahi, saya kini lebih tabah dan tetap berharap dia akan ditemui,” katanya.

Sejak kehilangan anaknya itu, hidupnya kini tidak seceria dulu, terutama apabila berdampingan kanak-kanak sebaya dengan Siti, selain selalu terkenangkan gelagatnya.

Sehingga ini, dia sekeluarga membelanjakan kira-kira RM10,000 bagi mencari Siti, termasuk mendapatkan kira-kira 100 bomoh di seluruh negara.

Selain itu, katanya, mereka sekeluarga masih mencari di sekitar Johor apabila tidak bekerja pada hujung minggu tetapi malangnya segala usaha itu belum mencapai kejayaan.

Sehubungan itu, dia amat berharap pihak berkuasa dan badan bukan kerajaan (NGO) yang kini giat mencari Muhammad Nazrin Shamsul Ghazali atau Yin, 5, turut membantu mencari semua kanak-kanak lain yang hilang sebelum ini.

Budak hilang tanpa jejak: Kes Yin, Seong Sheng hampir sama

KUALA LUMPUR: Kehilangan Muhammad Nazrin Shamsul Ghazali atau Yin, 5, di kompleks beli-belah Sogo, 31 Mac lalu hampir sama dengan kes Tin Seong Sheng, 7, yang hilang lebih 10 tahun lalu walaupun pelbagai usaha dilakukan untuk mengesannya.


Dalam kejadian pada 15 Januari 1996 itu, Tin dilaporkan hilang oleh bapanya, Tin Kuwi Dium selepas mendapati kanak-kanak itu tidak pulang ke rumah selepas waktu persekolahan.

Tin dipercayai diculik ketika menunggu bas di depan sekolahnya oleh sindiket dan mungkin diseludup keluar ke negara jiran.

Difahamkan dua wanita dan seorang lelaki, termasuk seorang bercermin mata hitam terbabit dalam kes penculikan mangsa yang dipercayai menggunakan sebuah van putih.

Walaupun usaha berterusan dibuat polis dan badan bukan kerajaan (NGO) untuk mengesan kanak-kanak terbabit, Tin gagal dikesan, malah kehilangannya masih menjadi misteri hingga ke hari ini.

Pelbagai andaian dibuat berhubung kehilangan murid tahun satu Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) Taman Rashna, Klang itu, termasuk dia pernah dilihat mengemis di Terminal Bas, Johor Bahru dan Segamat, Johor.

Budak hilang tanpa jejak: Naluri ibu rasakan Nurul Iman masih hidup

SEREMBAN: Nasib malang Nor Amizah Ahmad bersama pasangannya Shamsul Ghazali Shamsuddin yang kehilangan anak ketika berbelanja di kompleks beli-belah Sogo, Kuala Lumpur baru-baru ini turut dirasakan Sharifah Norani Syed Shahir, 36, yang kehilangan anak kira-kira setahun lalu.


Sharifah berkata, sehingga hari ini dia merasakan anaknya, Sharifah Nurul Iman Syed Kamarudin, 9, yang hilang selepas dipercayai terjatuh dalam longkang dekat Sekolah Menengah Teknik Tuanku Ja’afar, Ampangan masih hidup.

Beliau berkata, nalurinya sebagai ibu merasakan Nurul Iman masih hidup, cuma dia tidak tahu di mana anak perempuannya itu berada.

“Sehingga hari ini, kami sekeluarga tertanya-tanya di mana Nurul Iman berada kerana jika dia lemas tentu jasadnya ditemuinya,” katanya di sini, semalam.

Pada 7 Ogos tahun lalu, Sharifah Nurul Iman Syed Kamarudin, 9, dihanyutkan arus deras selepas terjatuh ke dalam longkang dekat Sekolah Menengah Teknik Tuanku Ja’afar, Ampangan.

Budak hilang tanpa jejak: 'Amira masih hidup'

KUALA TERENGGANU: Biarpun tragedi kehilangan anak perempuan bongsunya sudah berlalu hampir tiga tahun, namun naluri seorang ibu tetap yakin dia masih hidup.


Bagi Shamsiah Idris, 48, dari Lorong Haji Da, Batu Burok, di sini, walaupun terpaksa berkorban wang ringgit, dia tetap tidak berputus asa dan terus berusaha mencari anak kesayangannya itu, Nurul Amira Mohamad.

“Selagi ada hayat, mak cik akan terus berusaha dengan apa cara sekalipun untuk mengembalikannya ke pangkuan keluarga walaupun kesihatan sendiri semakin uzur akibat sakit jantung.

“Walaupun mak cik orang susah dan tiada banyak wang tetapi tetap berusaha mencarinya meskipun terpaksa bergolok-gadai,” katanya ketika ditemui Harian Metro di rumahnya, semalam.

Menurutnya, sejak anaknya, Nurul Amira yang berusia 12 tahun ketika dilaporkan hilang pada akhir Disember 2004, pelbagai usaha dilakukan, termasuk dengan bantuan bomoh selain melakukan solat hajat.

“Sudah beribu wang dihabiskan semata-mata untuk mendapatkan semula anak mak cik. Malah, usaha menjejaki Nurul Amira bukan saja dilakukan menggunakan khidmat bomoh tempatan, sebaliknya di seluruh pelosok negeri dan Thailand.

“Namun, usaha mak cik belum lagi dapat mempertemukan semula dengannya. Cuma, mak cik berharap sebelum menutup mata, Nurul Amira kembali ke pangkuan keluarga kerana kami begitu merinduinya,” katanya.

Katanya, nalurinya sebagai ibu tetap mengatakan Nurul Amira masih hidup dan tinggal dengan seseorang.

Sejak hilang, dia sering bertemu anaknya dalam mimpi dan kali terakhir pada September tahun lalu apabila mangsa pulang dengan wajah ceria dan sempat bergurau senda dengan kakaknya, Nurul Diana, 17 tahun.

“Ketika itu menjelang Ramadan dan mak cik baru saja keluar dari hospital selepas dirawat lebih satu bulan kerana menghidap sakit jantung.

“Dalam mimpi itu mak cik terlalu gembira apabila melihat dia bermain dan bergurau dengan kakaknya, malah sempat bersembang dan bertanyakan di mana dia menghilang.

“Dengan gembira dia memberitahu berada di Perlis selepas diajak seseorang ke negeri itu tetapi apabila terus ditanya tempat tinggalnya, dia hanya membisu dan bayangannya kemudian hilang begitu saja,” katanya.

Shamsiah berkata, dia yakin Nurul Amira masih hidup kerana jika seseorang itu sudah meninggal dunia, dia tidak akan berkata-kata apabila hadir dalam mimpi.

“Namun, Nurul Amira tidak begitu kerana dia sempat bergurau dan bersembang dengan mak cik dan kakaknya,” katanya.

Sepanjang temu bual berlangsung, walaupun nampak tenang, namun kesedihan dan kerinduan Shamsiah dan suaminya, Mohamad Omar, 64, terhadap anak yang menjadi kemanjaan keluarga tetap terpancar.

Bro Rick Says....
Banyak lagi sebenarnya kes2 lama tentang kehilangan kanak2 yg masih belum selesai, diharap mereka semua akan ditemui suatu hari nanti....mari la bersama-sama kita membantu dan berdoa...

INILAH NASIB KITA-INGIN MENCARI REZEKI HALAL TETAPI DILAYAN SEPERTI PENJENAYAH

Sila click pada imej, untuk paparan yg lebih jelas...

BEGINIKAH NASIB PENIAGA DAN SISWAZAH KITA YANG BERNIAGA SECARA HALAL...DIBERI AMARAN SEPERTI PERAGUT DAN PENJENAYAH UNTUK DIPENJARA DAN DIDENDA...ATAS KUASA APA MEREKA ADA UNTUK MEMENJARA PENIAGA-PENIAGA SEPERTI INI. ATAU MEREKA LAGI RELA AGAR GOLONGAN 'TIDAK BERSALAH' INI UNTUK MELEPAK DAN MEREMPIT, MEMBUANG MASA TIDAK TENTU ARAH...

Petikan surat di atas...

(NOTIS MELARANG MENJAJA TANPA LESEN)

SEKSYEN 3 UNDANG-UNDANG KECIL PENJAJA 1982
(TEMPAT AWAM)

Bahawasanya setelah menjalankan siasatan tuan/puan telah didapati menjalankan aktiviti menjaja tanpa mempunyai lesen yang dikeluarkan oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Butir-butir aktiviti menjaja seperti di dalam lampiran 1.


2. Tuan / Puan telah didapati melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 3 Undang-undang Kecil Penjaja 1982 dan boleh disabitkan kesalahan dikenakan denda tidak lebih daripada dua ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada satu tahun atau denda dan penjara itu kedua-duanya.


3. Dengan ini tuan / puan adalah diarahkan supaya memberhentikan aktiviti menjaja dengan serta merta.


4. AMBIL PERHATIAN jika tuan / puan gagal mematuhi kehendak notis ini tindakan penyitaan akan diambil terhadap barang-barang tuan / puan di bawah Seksyen 23 Undang-undang Kecil Penjaja 1982.


5. DAN AMBIL PERHATIAN kegagalan tuan / puan mematuhi kehendak notis ini adalah juga merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 109. Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan boleh dikenakan denda tidak lebih daripada lima ratus ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada enam bulan atau denda dan penjara kedu-duanya.

Bro Rick Says....
Berniaga tanpa lesen, adalah satu kesalahan, tak guna kalau kita mempersoalkan undang2 jika kita tidak mematuhi nya....